Jalan Raja Muda Abdul Aziz ditutup 3 hari

0
1
logo mmc gamuda

JALAN Raja Muda Abdul Aziz ditutup bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang, untuk kerja pembaikan jalan.

Penutupan sementara selama tiga hari itu bermula hari ini dimaklumkan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) dalam satu kenyataan.

Penutupan jalan sepanjang kira-kira 800 meter membabitkan dua laluan sepanjang Jalan Raja Muda Abdul Aziz menuju ke Chow Kit antara Jalan Haji Hashim dan Jalan Raja Abdullah dijalankan secara berperingkat.

Bagi melancarkan aliran trafik, satu dari dua lorong Jalan Tun Razak diaktifkan untuk laluan kontra.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arah semasa tempoh penutupan. Pasukan Trafik Projek MRT akan dikerahkan untuk membantu mengawal trafik.

“MGKT ingin memohon maaf atas kesulitan,” kata kenyataan itu hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web MRT di www.mymrt.com.my atau www.mmcgamudamrt.com.my, Twitter @MRTMalaysia atau @MMCGAMUDAMRT, Facebook @MRTMalaysia atau hubungi talian hotline 1-800-82-6868. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here