Dr Dzul pertikai kerajaan beli 500 ambulans tekanan negatif

0
3
PUTRAJAYA, 28 Jan -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media selepas melancarkan Skim Peduli Kesihatan B40 (Peka B40) di Kementerian Kesihatan hari ini. -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

DATUK Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan pembelian 500 unit ambulans jenis tekanan negatif adalah tidak penting dan wajar dipertikaikan.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, pembelian itu tidak sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan kerana kakitangan dan petugas kesihatan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam melaksanakan tugas merawat pesakit Covid-19.

Malah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mempertikaikan pembelian ambulans berkenaan ketika darurat kerana ia telah menelan belanja besar iaitu RM300 juta.

“Salam PM (Perdana Menteri). Penting sangat ke nak beli 500 ambulans tekanan negatif dalam darurat ini? Bukan sikit bajetnya, RM300 juta.

“Kakitangan (kesihatan) semua dalam PPE penuh… Apa faedahnya?,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan pembelian lebih banyak unit kenderaan ambulans tekanan negatif untuk membawa pesakit Covid-19 ke pusat rawatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ambulans tekanan negatif itu merupakan keperluan penting terutama di lokasi yang mempunyai kes jangkitan tinggi.

Ambulans berkenaan dilengkapi ciri-ciri sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here