Siapa sebenar yang koboikan Parlimen? – soal Puad

0
1
KUALA LUMPUR 09 June 2015. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi di Sidang Media menegnai isu 1MDB di Menara MARA. NSTP/Salhani Ibrahim

“SIAPA yang koboikan Parlimen?,” soal Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Persoalan itu susulan kenyataan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad berhubung dakwaan isu ‘mengkoboikan’ Parlimen oleh pihak tertentu.

Justeru, Mohd Puad mempersoalkan semula sama ada tindakan kerajaan menggantung Parlimen juga boleh disifatkan sebagai ‘tindakan koboi’.

“Beliau kata jangan koboikan peraturan Parlimen. Apakah Ketua Setiausaha Sulit (adalah) jurucakap kerajaan? Itu kenyataan kali kedua beliau dalam tempoh seminggu berkaitan darurat.

“Siapa yang koboikan Parlimen? Apakah gantung Parlimen bukan tindakan koboi? Apatah lagi dengan alasan Ahli Parlimen ramai orang tua,” katanya dalam hantaran Facebook.

Mohd Puad berkata, beliau hairan kerana semua Ahli Parlimen telah mengambil vaksin dan mengapa isu kesihatan masih dijadikan alasan.

“Lagi pun Agong sudah bertitah sejak Febuari lagi bahawa Parlimen boleh bersidang di waktu darurat. Kenapa baru sekarang mahu tubuh jawatankuasa khas?

“Marzuki kata, buka Parlimen bukan macam sidang bawah pokok di Perak. Kalau di kilang boleh?,” sindirnya.

Terdahulu, Marzuki seperti dilaporkan sebuah portal berita berkata, kerajaan sama sekali tidak menolak titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembukaan sidang Parlimen.

Beliau berkata, malah perkara itu diambil secara serius oleh kerajaan dan menjunjung kasih titah tersebut dan tidak timbul soal kononnya kerajaan melakukan penderhakaan kepada Tuanku seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak baru-baru ini.

Katanya, peraturan Parlimen tidak boleh ‘dikoboikan’ dan perlu mengikut terma undang-undang yang telah termaktub di dalam Perlembagaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here