Kerajaan tidak boleh berlengah lagi – Zahid Hamidi

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KERAJAAN digesa supaya tidak berlengah dan memberi pelbagai alasan lagi berhubung usaha menangani wabak Covid-19 termasuk titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pandangan rakyat dan pemimpin politik yang dibuat sebelum ini seperti tidak dihiraukan kerajaan dan hanya selepas Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu bertitah barulah maklumbalas diberikan.

“Puas rakyat dan pemimpin politik bersuara sebelum ini ibarat mencurah air ke daun keladi.

“Sebab itu rakyat jelata menjunjung kasih dan setinggi penghargaan ke atas Raja-Raja Melayu.

“Tetapi maklumbalas kerajaaan PN (Perikatan Nasiona) itu pun baru di peringkat ‘perutusan’ dan ‘kajian’. ‘Perutusan’ akan ambil langkah susulan, ‘kajian’ bantuan susulan kepada rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, langkah segera perlu dilakukan kerana kesusahan dan kesukaran dialami sebahagian rakyat telah dan sedangkan berlaku.

Menurutnya, keadaan sudah terlalu serius sehingga insiden cubaan bunuh diri berikutan tekanan hidup telah beberapa kes dilaporkan.

“Jadi, saya fikir kerajaan tidak boleh berlengah. ‘No more excuses’. Jangan lagi cuba ‘spin’ sana sini.

“Segerakan bantuan moratorium pukal dan i-Sinar 2.0. Lajukan proses pemberian vaksin dan benarkan persidangan Parlimen secepat mungkin sebagai proses semak dan imbang,” tegasnya.

Ahmad Zahid berkata, walaupun sudah beberapa hari sejak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu bertitah, masih tiada langkah segera diambil kerajaan.

“Kita sama-sama pantau sama ada kerajaan PN akur pada titah Agong dan Raja-Raja Melayu kali ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here