PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Muhyiddin berkata sebagai golongan yang sering menjadi wira, model dan inspirasi kepada anak-anak, semua bapa termasuk dirinya sendiri tentunya telah melakukan yang terbaik dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.
“Kepada semua yang masih ada bapa, hargai mereka selagi mereka ada. Sentiasalah berdoa agar mereka diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan masing-masing.
“Kepada yang telah tiada, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak.
“Sekali lagi, kepada semua bapa di luar sana, Selamat Hari Bapa!,” katanya. – Malaysiapost

