Jawatan timbalan, naib presiden PKR kosong hingga pemilihan parti diadakan

0
3

MAJLIS Pimpinan Pusat (MPP) PKR bersetuju untuk tidak mengisi beberapa kekosongan jawatan tertinggi di peringkat pusat sehingga pemilihan parti diadakan kelak.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mei lalu.

Katanya, ketetapan itu dibuat susulan beberapa jawatan tertinggi seperti timbalan dan naib presiden serta anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti masih kosong.

“Dengan ini, perjalanan parti di peringkat pusat kekal seperti keadaan sekarang tanpa kita mengisi jawatan-jawatan ini akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita,” katanya dalam ucapan aluan Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 secara maya hari ini.

Kekosongan jawatan itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden, Datuk Zuraida Kamaruddin meninggalkan parti itu tahun lalu.

Seorang lagi Naib Presiden, Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan serta keluar PKR, Mac lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here