KES jangkitan baharu Covid-19 di Selangor mencatatkan penurunan hari ini, apabila sebanyak 1,680 direkodkan berbanding 2,111 semalam, namun kekal tertinggi mengikut negeri.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebanyak 5,293 kes baharu dicatatkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes wabak itu Malaysia meningkat kepada 696,408.
Pecahan mengikut negeri menyaksikan Negeri Sembilan kedua tertinggi iaitu 693 kes, diikuti Sarawak (661), Johor (6278) dan Kuala Lumpur (379).
Perak mencatatkan 205 kes manakala Kelantan (167), Kedah (170), Sabah (163), Labuan (156), Pulau Pinang (144), Melaka (184), Terengganu (12), Pahang (77), Putrajaya (4) dan Perlis (2). – Malaysiapost

