PKR tangguh pemilihan parti

0
2
Pejabat PKR

PKR menangguhkan pemilihan semua jawatan dalam parti itu sehingga tidak lebih daripada Mei 2023.

Perkara itu diusulkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang membawa usul dikemukakan Majlis Pimpinan Pusat (MPT) dalam Kongres Nasional PKR secara maya hari ini.

Turut diusulkan dan dipersetujui ialah melanjutkan tempoh jawatan anggota MPT serta jawatankuasa Cabang sehingga pemilihan parti akan datang.

Saifuddin berkata, kali terakhir pemilihan parti diadakan pada 18 November 2018 yang mana tempoh penggal pemegang jawatan adalah tiga tahun yang akan berakhir November 2021.

Katanya, dalam perlembagaan parti Perkara 47.1 disebut MPT boleh awalkan atau menangguhkan pemilihan parti tetapi tidak lebih 18 bulan.

“Jadi usul yang dibentangkan MPT ialah pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada November 2021 ditangguh ke satu tarikh tidaak lewat daripada Mei 2023.

“Usul ini disekalikan dengan usul kedua kerana ia berkaitan, iaitu tempoh pemenang jawatan akan terus berkuatkuaasa sehingga pemilihan akan datang,” katanya.

Usul itu kemudian diterima sebulat suara oleh para perwakilan yang menyatakan setuju tanpa bantahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here