Hukum menjadikan anggota badan haiwan sebagai perhiasan

0
3

Soalan: Apakah hukumnya menjadikan gading gajah sebagai perhiasan rumah seperti yang dilakukan oleh orang-orang kaya?

Jawapan: Hukumnya adalah ditegah oleh Syarak. Penjelasan adalah seperti berikut:

(i) Ianya najis. Aggota binatang yang tidak halal dimakan seperti beruang, gajah dll yang diambil/dipotong semasa hidupnya ataupun setelah mati dihukumkan sebagai najis kerana ianya bangkai. Imam Al-Nawawi menyatakan dalam Majmu’ 1/356:

Maksudnya: Gading yang diambil daripada gajah adalah najis.

(ii) Perhiasan yang diperbuat daripada gading seperti tasbih dan seumpamanya adalah haram dan tidak sah untuk dibawa solat kerana ianya najis (Mughni Al-Muhtaj 2/11).

(iii) Barang yang bersifat najis tidak boleh dijual-beli. Jika seseorang telah membeli gading tersebut maka hukum Syarak mewajibkan pemerintah agar menggugurkan pemilikan barang tersebut dari pemiliknya dengan lafaz-lafaz khusus yang menguatkuasakan pengguguran hak empunya barang (Rujuk: Bughya Al-Mustarshidin, m/s 114).

Nurul Haq Shahir

Nurul Haq Shahir
Pakar Rujuk Syarak dan Hal-Ehwal Antara Agama,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia