Tegahan wanita ke kubur mengiringi jenazah

0
2

Soalan: Apakah boleh wanita mengiringi jenazah suami atau ayahnya ke kubur dan turut menyaksikan pengebumian mereka?

Jawapan: Tidak boleh, bahkan terlarang dan haram. Bagi wanita yang kematian suami maka dia wajib “berkabung” (Ihdad) selama 4 bulan 10 hari dan termasuk dalam kewajipan Ihdad ialah tetap di dalam rumah selama tempoh tersebut kecuali darurat (cth: bekerja dengan syarat), sedangkan mengiringi jenazah suami tidak termasuk darurat yang diiktiraf Syarak. Dinyatakan oleh Imam Al-Bujayrimi dalam Tuhfah Al-Habib:

Maksudnya: Iaitu seperti keluarnya (wanita) untuk mengiringi (ke kubur) jenazah suaminya atau ayahnya dan seumpamanya, maka tidak boleh.

Nurul Haq Shahir
Pakar Rujuk Syarak dan Hal-Ehwal Antara Agama,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia