Ebrahim Raisi presiden baharu Iran

0
5

EBRAHIM Raisi secara rasminya memenangi Pilihan Raya Presiden Iran selepas memperoleh 62 peratus undi.

Menerusi ucaptamanya sebagai presiden, Ebrahim mendedikasikan penghargaan kepada setiap rakyat Iran yang telah mengundinya sebagai pemimpin utama negara itu.

Seterusnya, beliau berharap dapat memikul tanggungjawab dengan baik sebagai tanda membalas jasa mereka sepanjang tempohnya memegang jawatan itu.

Presiden Iran terdahulu, Hassan Rouhani akan berundur pada Ogos ini.

Ebrahim Raisi, 60, akan mengambil alih pada waktu kritikal ketika Iran cuba merundingkan semula perjanjian nuklear dengan negara-negara kuasa besar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here