Pelan Pemulihan Negara makin mencabar untuk ke Fasa Kedua – DPIM

0
2

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyifatkan Pelan Pemulihan Negara semakin mencabar untuk negara beralih ke Fasa Kedua, kata Ketuanya, Shahir Adnan.

Katanya, ntuk beralih dari Fasa Satu ke Fasa seterusnya yang diunjurkan pada 1 Julai 2021, beberapa faktor atau nilai ambang perlu dipenuhi, antaranya purata kes harian Covid-19 mestilah kurang 4,000 untuk tujuh hari berturut-turut.

Namun beliau berkata Ini bermakna, semalam saja menyaksikan purata kes harian Covid-19 masih melepasi angka 6,000 walaupun sudah berada 18 hari di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

“Rakyat pula kian terhimpit dengan desakan hidup, termasuklah golongan M40, terutama di bandar-bandar. Golongan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut memerlukan moratorium pinjaman kerana perniagaan mereka terjejas.

“Lebih 600,000 isi rumah daripada golongan pendapatan M40 telah jatuh ke kategori B40 disebabkan yang menjejaskan paras pendapatan penduduk Malaysia.

“Berdasarkan kajian dan maklumat Jabatan Statistik, sekurangnya-kurangnya 8 peratus daripada 7.28 juta isi rumah yang dilaporkan, mengalami kemerosotan pendapatan ke bawah paras pendapatan maksimum B40, iaitu RM4,850 sebulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahir yang juga Timbalan Pengerusi IKATAN Kelantan berkata kemerosotan ketara paras pendapatan itu mencetuskan kebimbangan tentang ketidaksamaan yang semakin meluas dan kesannya terhadap kedudukan sosioekonomi Malaysia.

Katanya, ia seterusnya menyebabkan tumpuan berganjak kepada pelan kerajaan untuk menangani keadaan tersebut.

“DPIM kecewa apabila menerima berita terdapat ramai rakyat kini merana kerana tiada punca pendapatan.

“Laporan berita semalam menunjukkan seorang wanita mengalami tekanan emosi akibat diberhentikan kerja dan cuba membunuh diri dari tingkat 32 sebuah kondominium di Damansara.

“Difahamkan, mangsa yang mempunyai masalah kewangan tersebut turut dihalau keluar oleh pemilik rumah selepas gagal membayar sewa biliknya,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata penambahbaikan segera yang diharapkan oleh kerajaan adalah berkenaan pengeluaran tambahan daripada simpanan rakyat sendiri melalui KWSP.

Ini katanya, agar sewa dapat dibayar dan makanan masih dapat disediakan di atas meja, walaupun tiada pendapatan dalam Faasa 1 yang makin mencabar.

“Kemungkinan Fasa 1 akan lebih lama daripada 45 hari PKP penuh 1.0 tahun lepas. Sehingga hari ini, moratorium automatik, i-Sinar dan i-Lestari 2.0 masih tidak dicadangkan oleh Menteri Kewangan

“Akhir sekali, kerajaan diharap mendengar rintihan dan denyut nadi rakyat agar tiada tersisih. Golongan M40, B40 dan PKS memerlukan bantuan daripada kerajaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here