Cukup-cukuplah nak wajarkan kesalahan menteri

0
3

Fitri Nizam

JIKA tidak bersalah mengapa dikompaun?, soal pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle.

Justeru, beliau berkata cukup-cukuplah mewajarkan kesalahan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali  yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari luar negara.

“Sudahlah. Cukup-cukuplah nak wajarkan kesalahan menteri tidak ikut SOP untuk kuarantin.

“Dia pun telah dikompaun oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Tidak perlu nak kaitkan kisah dia dengan kisah Hud Hud di zaman Nabi Sulaiman,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Rozaimi berkata, jika menteri itu tidak bersalah mana mungkin beliau dikompaun.

“Menteri itu telah pun bertanggungjawab memulangkan sebahagian dari gajinya,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai sebagai reaksi terhadap kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin yang menyamakan tindakan Khairuddin melanggar perintah kuarantin Covid-19 dengan kisah burung hud-hud di zaman Nabi Sulaiman.

KKM dalam satu kenyataan sebelum ini mengumumkan Khairuddin sudahpun dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut pada 7 Ogos.

Khairuddin pulang dari Turki dan tiba di Malaysia pada 7 Julai. – Malaysiapost