PEMAIN sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang peminat susulan cara beliau meraikan jaringannya ketika menentang Thailand, Rabu lalu.
Selepas menyempurnakan penalti pada minit ke-52, Safawi meraikannya dengan gaya seolah-olah menekan telefon bimbit dan membuat isyarat tangan tanda diam.
Ia percayai ditujukan kepada peminat bola sepak tempatan susulan kecaman hebat terhadap prestasinya dalam dua aksi terdahulu iaitu menentang Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.
Mungkin juga ia sebagai isyarat supaya pengkritik Harimau Malaya menutup mulut.
Menyedari kesilapannya, Safawi tampil membuat permohonan maaf di Instagram Story miliknya sambil menyatakan cara keraian jaringan seperti itu tidak akan berulang kembali.
“Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada penyokong dan penonton yang selalu ada di belakang kami.

“Saya minta maaf atas celebration yang tak menyenangkan itu. Perkara tersebut tidak akan berulang lagi, maaf sekali lagi,” tulis Safawi.
Jaringan tunggal Safawi itu membolehkan skuad kebangsaan menamatkan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di tempat ketiga, sekali gus layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia.
Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari semalam setelah mengharungi tiga bali perlawanan Kumpulan G di Dubai. – Malaysiapost

