Terkejut peniaga perlu tutup operasi, Ismail Sabri hubungi CEO Pernama

0
1

KEPRIHATINAN Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyantuni peniaga dan penjaja kecil di kawasan Kementerian Pertahanan (Mindef) sekali lagi meraih perhatian netizen.

Menerusi klip video berdurasi 1 minit 15 saat yang dimuat naik di Facebooknya, Ismail Sabri ternyata terkejut apabila dimaklumkan peniaga di kawasan itu tidak dibenarkan untuk beroperasi.

Tindakan pantas Ismail Sabri yang menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama), untuk mengarahkan agar peniaga di kawasan itu dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Beliau juga dimaklumkan menerusi perbualan telefon itu bahawa arahan larangan berniaga yang dikeluarkan sebelum ini telah ditarik balik.

Malah, Ahli Parlimen Bera itu juga mengarahkan agar peniaga di kawasan tersebut dibenarkan beroperasi selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

Ismail Sabri dalam hantaran Facebook berkata, beliau berjanji akan memudahkan urusan operasi peniaga dan penjaja kecil dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh yang dijalankan ketika ini.

“Hal ini sungguh serius, saya mendapat laporan di pusat penjaja Mindef di jalan Padang Tembak akan di tutup hujung bulan ini. Saya terus ke sana dan menelefon CEO Pernama. Alhamdulillah mereka tidak akan menutup operasi perniagaan peniaga di sini.

“Saya janji, selagi SOP (prosedur operasi standard) dijaga, kita akan terus bantu permudahkan operasi para peniaga dalam tempoh lockdown in,” tulisnya.

Hantaran klip tersebut meraih ribuan tanda suka dan komentar yang bersyukur kerana Ismail Sabri atau disapa ‘Pak Long’ turun padang untuk melihat sendiri keadaan para peniaga ketika PKP dilaksanakan.

Rata-rata netizen menyuarakan tindakan Ismail Sabri itu adalah tepat dan pantas mendengar denyut nadi rakyat yang terkesan akibat pandemik dan PKP yang dikuatkuasakan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here