Isham mahu portal tempatan mohon maaf secara terbuka

0
2

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Isham Jalil memberikan tempoh tujuh hari bermula hari ini untuk sebuah portal tempatan membetulkan artikel yang diterbitkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Isham berkata, sekiranya dua perkara tersebut tidak dibuat dengan memuaskan, beliau akan mengambil tindakan selanjutnya.

Isham membuat kenyataan itu berhubung sebaran artikel didakwa berunsur fitnah bertajuk “Penyokong fanatik Najib ugut kudeta jika Parlimen tidak dibuka” yang disiarkan portal Agenda Daily semalam.

“Saya faham kecenderungan sesetengah media untuk membuat sensasi terutama dalam isu-isu politik dengan spin (pusing) tajuk dan sebagainya, itu adalah perkara biasa.

“Namun jika sensasi itu berlebih-lebihan dan membawa kepada fitnah dan berita palsu, itu saya perlu tegur sedikit (dan jika pihak terbabit berdegil juga, tindakan lanjut). Harap maklum. Salam,” tulisnya di hantaran Facebook, hari ini.

Beliau juga memuatnaik tangkap layar artikel terbitan portal itu, di hantaran berlainan di Facebooknya, semalam.

Semakan di Agenda Daily pagi ini mendapati tajuk artikel tersebut masih belum diubah, dan portal itu telah memuatnaik sedutan klip video berdurasi 43 saat berjudul ‘Bayangan kudeta jika tidak buka sidang Parlimen’ yang disampaikan oleh Isham menerusi Facebooknya sebelum ini.

Kudeta membawa maksud penggulingan pemerintahan yang ada secara tiba-tiba dan dengan kekerasan oleh sekelompok kecil.

Syarat utama kudeta adalah pengendalian urus tadbir semua atau sebahagian atas kuasa tentera, polis dan elemen ketenteraan lain. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here