OKU Sentral sasar beri 40,000 dos vaksin

0
1
vaksin pkp covid

SERAMAI 40,000 orang kurang upaya (OKU) akan diberikan vaksin Covid-19 melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) OKU Sentral National menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pemberian vaksin itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima bulan akan datang, lebih daripada dua kali ganda jumlah keseluruhan sasaran awal penerima 13,500.

Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba semasa meninjau kemudahan di Ara Damansara, Petaling Jaya semalam, meminta PPV itu meningkatkan kapasitinya.

“Menteri memaklumkan bahawa dia berpuas hati dengan kemampuan kami mengikuti SOP dan melancarkan program imunisasi untuk OKU.

“Malah, menteri juga meminta agar kami meningkatkan kapasiti di fasiliti vaksinasi OKU ini. Kami juga akan berusaha untuk meningkatkan kapasiti (pemberian vaksin) kepada 400 sehari dalam beberapa minggu lagi,” katanya seperti dilapor MalayMail.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Bernama berkata, peningkatan peruntukan untuk OKU Sentral menunjukkan komitmen berterusan kerajaan terhadap komuniti OKU, terutama mereka dijangkiti wabak Covid-19.

PPU OKU Sentral Pandu Lalu memulakan suntikan vaksinnya semalam dengan 80 dos vaksinasi diberikan setiap hari hingga Jumaat, sebelum meningkatkan kapasiti menjadi 160 hingga 200 dos sehari dari 21 Jun dan seterusnya untuk lima bulan akan datang.

Pemberian vaksin semasa dibuat berdasarkan pendaftaran yang diterima OKU Sentral, di mana 13,500 OKU akan diberikan tarikh temu janji vaksinasi mereka melalui aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran melalui Borang Google OKU Sentral untuk sesi pertama vaksinasi ini kini ditutup dan akan dibuka semula tidak lama lagi bagi memenuhi sasaran 40,000 dos vaksinasi dalam lima bulan akan datang. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here