MISI bantuan kemanusian ke Gaza, Palestin yang diketuai Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan 30 ahli dijangka akan berangkat hari ini.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ahli rombangan misi kemanusiaan itu dijangka akan berangkat awal pagi ini, melalui Jordan dan Mesir.
Menurutnya, tujuan misi kemanusian itu untuk membantu membaik pulih Masjid Al-Aqsa dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang dijajah, tertindas serta dizalimi di Gaza.
“Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merestui dan banyak membantu. Beliau bertemu Duta Palestin ke Malaysia dan berkomunikasi dgn beberapa pimpinan Palestin yg berada di sana secara online.
“Beliau meminta sebelum ini agar dilancarkan Tabung Muafakat Palestin,” katanya dalam kenyataan.
Ahmad berkata, individu yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke Tabung Muarakat Palestin di 8604750523 – CIMB Islamic.
“Misi Kemanusiaan ini pergi atas nama Biro Kebajikan Umno Malaysia. Kepada yang ingin membantu, boleh bank-in ke Tabung Muafakat Palestin.
“Setiap ringgit yang diderma akan sampai ke pihak yg sepatutnya menerima di sana. Moga sedikit bantuan itu akan dibalas banyak oleh Allah SWT. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Misi bantuan kemanusiaan itu dijadualkan bermula 19 Jun ini hingga 5 Julai membawa bersama pasukan doktor pakar.
Ianya bagi membantu mangsa-mangsa yang tercedera dan juga memberikan sokongan dan bantuan psikiatri post trauma kepada warga Gaza yang terkesan dengan serangan baru-baru ini. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :

