‘Binatang politik’: Najib bidas pemimpin Bersatu

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman yang menggelar pihak mendesak Parlimen bersidang segera sebagai ‘binatang politik’.

Najib berkata, bantahan untuk memanggil Parlimen bersidang semula itu, kononnya kerana bimbang berlaku jangkitan varian Covid-19 yang lebih bahaya.

“Prihatin betul, pemimpin PPBM ini. Terbaik! Dia bantah parlimen sambung bersidang sebab risau ahli parlimen yang sudah divaksin, guard, cleaner akan terdedah kepada risiko dijangkit varian Covid yang lebih bahaya.

“Dia bidas sesiapa yang mahu parlimen bersidang segera sebagai binatang politik,” sindir Najib menerusi Facebbok.

Najib berkata, Muhammad Faiz sepatutnya bimbang dengan nasib jutaan pekerja kilang dan syarikat yang terpaksa bekerja memandang sektor itu dibenar beroperasi.

“Tapi kenapa pula dia tak prihatin juga pada jutaan pekerja-pekerja kilang elektronik, semikonduktor, sarung tangan, perabot dan 120,000 lagi syarikat dibenarkan beroperasi.

“(Mereka) yang terpaksa bekerja setiap hari dan terdedah pada risiko yang sama biarpun mereka belum divaksin? Jutaan pekerja ini tak bernyawa dan bukan manusia ke juga ke?,” soalnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Muhammad Faiz perlu sedar bahawa pandangan meminta Parlimen bersidang semula adalah titah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Semalam, Muhammad Faiz menyifatkan desakan agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya gagal menasihati Agong membuka semula Parlimen secepat mungkin sebagai ‘binatang politik’.

Malah, beliau menyifatkan desakan itu juga sebagai tidak bertanggungjawab kerana tidak mengira situasi wabak Covid-19 yang masih mengganas.

“Amatlah tidak bertanggungjawab kelompok binatang politik tersebut yang mahu parlimen dibuka sekarang sungguhpun mereka tahu kadar vaksinasi nasional belum mencapai liputan 50 peratus populasi negara,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here