Main badminton, 32 individu dikompaun

0
17

SERAMAI 32 individu termasuk pemilik dewan badminton dikompaun RM48,500 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, bertindak atas maklumat, polis telah menyerbu sebuah gelanggang badminton di Batu 6, Jalan Skudai di Johor Bahru pada jam 5.35 petang, kelmarin.

“Dalam operasi itu, seramai 32 lelaki berusia antara 18 hingga 44 tahun dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

“Seorang pemilik premis berkenaan dikompaun sebanyak RM2,000, manakala semua yang lain dikenakan kompaun sebanyak RM1,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan kompaun RM50,000 dengan tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Rupiah turut menasihati masyarakat supaya mematuhi SOP dengan penuh disiplin bagi mengekang penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here