
SEBANYAK 90 kilang di seluruh negara telah diarahkan tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu sehingga kelmarin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sepanjang tempoh itu pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 404 kilang.
Beliau berkata, kerajaan telah meningkatkan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak didapati melanggar SOP yang telah diwartakan.
Katanya, ini bagi memastikan sektor perkilangan dan perniagaan mematuhi SOP sepanjang PKP menyeluruh.
“Secara kumulatifnya, sebanyak 24,834 kilang dan premis perniagaan diperiksa sejak 14 Januari 2021 yang melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,015 kilang.
“Sehingga kini, 143 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost
