5,150 kes positif Covid-19 hari ini

0
3
grafik

Nilam Oshman

SEBANYAK 5,150 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, sedikit menurun berbanding 5,419 kes semalam.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara kini adalah 673,026.

Selangor kekal mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 1,914 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), dan Johor (392).

Sementara Kedah (228), Kelantan (230), Sabah (184), Melaka (152) dan Labuan (101)

Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (8), dan Putrajaya (6). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here