RM1.9 juta bantu golongan terjejas di Labuan

0
3
Muhammad Farid Nahur Yusof, 12 (kiri) sedang menjual kuih-muih dan nasi lemak kepada penduduk-penduduk flat Sri Perak memandangkan sekolah tutup pada PKPB di Lembah Klang.

MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bantuan bernilai RM1.9 juta untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat di Labuan susulan penularan Covid-19.

Dalam hantarannya di Facebook malam ini, beliau memberitahu 18,000 penduduk yang tinggal di lapan lokaliti titik panas wabak akan menerima bantuan bakul makanan membabitkan peruntukan RM1.65 juta.

Bantuan lain diumumkan Annuar adalah seperti berikut:

Bantuan RM300 kepada 500 penghantar makanan (peruntukan RM150,000)

Bantuan RM500 kepada 90 pengusaha teksi (peruntukan RM45,000)

Bantuan RM500 kepaada 100 peniaga belia (peruntukan RM50,000)

Bantuan RM500 kepada 128 pengusaha bas sekolah (peruntukan RM64,000)

“Setelah kita usahakan tambahan vaksin, kita susuli bantuan untuk meringankan beban warga Labuan. Kita tidak mahu Labuan ketinggalan dan kita mahu Labuan menang bersama,” tulis Annuar.

Baru-baru ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan lebih 30,000 dos vaksin akan diagihkan ke Labuan susulan peningkatan kes di wilayah itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here