Perjalanan rentas negeri pada fasa keempat, dijangka akhir Oktober

0
2
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

SEMUA sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi semasa Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, katanya aktiviti dalam senarai negatif, iaitu yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan Covid-19 atau melibatkan keramaian masih tidak dibenarkan.

Katanya, dalam fasa tersebut sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua.

“Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat,” katanya.

Perdana Menteri berkata negara boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold berikut, iaitu:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 2,000;
  • Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan
  • 40 peratus populasi negara telah menerima dua dos suntikan vaksin.
    Muhyiddin berkata, nilai ambang itu dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos 2021.

Sementara itu beliau berkata negara akan dapat beralih ke Fasa Keempat sekiranya berjaya mencapai nilai ambang berikut, iaitu:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500;
  • Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi; dan
  • 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.

“Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021.

“Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

“Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here