Peralihan Fasa Kedua PKP setelah kes menurun bawah 4,000

0
2
Keadaan di sekitar Kuala Lumpur, Selayang dan Pasar Taman Tun Dr Ismail pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bersambung hari ini, 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.

KERAJAAN akan menimbang peralihan daripada Fasa Pertama kepada Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia juga bergantung apabila sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana.

Selain itu, katanya, 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Beliau berkata, Fasa Kedua pula merupakan kesinambungan daripada Fasa Pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat.

Semasa Fasa Kedua, katanya, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis.

“Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor tersenarai dibenarkan beroperasi manakala tidak tersenarai masih ditutup.

“Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor dan aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan,” katanya perutusan khas Pelan Pemulihan Negara, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here