Daftar automatik Rela: KDN tunggu laporan penuh

0
2

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Yahya Sulaiman meneliti berhubung isu pendaftaran automatik dalam sistem MyRELA tanpa pengetahuan orang ramai.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia bagi membolehkan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil dan pihaknya juga sedang menunggu laporan penuh daripada Rela.

Katanya, Rela sedang memperhalusi isu terbabit dan laporan lanjut dijangka menyusul dalam beberapa hari, lapor Harian Metro.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada saya malam tadi dan saya juga sudah meminta Ketua Pengarah Rela melihat semula dari segi pendaftaran ini.

“Apa yang boleh dilihat, segala ini berlaku kerana ada kalanya, kerana maklum sajalah bantuan banyak kita berikan, jadi masing-masing ada yang hendak mengambil kesempatan.

“Jadi perkara ini kita akan perhalusi di samping kita akan tentukan pada masa akan datang, bukan mudah untuk mendaftar sesiapa menjadi anggota Rela,” katanya kepada media ketika tinjauan di Rumah Pangsa Jalan Terubuk dan Pangsapuri Taman Sutera, Seberang Jaya, hari ini.

Ditanya sama ada terdapat elemen penyelewengan data,
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihaknya juga akan menyiasat jika terdapat elemen penyelewengan data dalam isu berkenaan.

Semalam ramai pengguna media sosial berkongsi tangkap layar hasil semakan keahlian yang kebanyakannya menunjukkan sudah menjadi ahli sejak 2010 dan 2011 dengan mempunyai nombor ahli serta kod platun di seluruh Malaysia.

Namun selepas isu berkenaan tular di media sosial, semakan semula di pautan keahlian laman sesawang Rela mendapati rekod pendaftaran mereka sudah tiada lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here