Muhyiddin umum Pelan Pemulihan Negara 5 petang ini

0
2

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan perutusan khas untuk mengumumkan Pelan Pemulihan Negara jam 5 petang ini.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di televisyen menerusi saluran RTM, Bernama, TV3, Astro Awani dan TV Al Hijrah.

Ahad lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai persiapan untuk negara keluar daripada pandemik Covid-19 pada satu peringkat yang munasabah.

Menurutnya, pelan yang dibuat berdasarkan kepada data, sains dan segala persiapan yang telah dilakukan termasuk dari segi pengurusan Covid-19, ekonomi, program vaksinasi dan sebagainya itu.

Muhyiddin berkata, pelan itu juga antara lain sebagai makluman kepada rakyat mengenai perkembangan semasa dan fasa-fasa tertentu melibatkan pengurusan Covid-19 di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here