Kos sara hidup rakyat naik, paling tinggi dalam sejarah – Najib

0
2
Muhammad Farid Nahur Yusof, 12 (kiri) sedang menjual kuih-muih dan nasi lemak kepada penduduk-penduduk flat Sri Perak memandangkan sekolah tutup pada PKPB di Lembah Klang.

KOS sara hidup rakyat Malaysia ketika ini berada di tahap paling tinggi dalam sejarah iaitu melebihi sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Data itu diperoleh menerusi Indeks Harga Pengguna (IHP) mengukur kos pembelian bagi ‘bakul’ tetap barangan dan perkhidmatan sekumpulan penduduk mewakili corak purata pembelian pada sesuatu tempoh masa ditetapkan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata IHP itu dikira berdasarkan standard dan prosedur yang diterima pakai di peringkat antarabangsa.

“Kos sara hidup dan harga barang menurun semasa pandemik bermula akibat permintaan yang rendah.Tapi telah naik kembali. Malah semakin laju menaik.

“Data terbaru BNM/DOSM lapor indeks harga pengguna sudah melepasi paras tempoh sebelum pandemik sejak bulan Februari 2021 dan semakin laju menaik biarpun ekonomi rakyat masih kritikal,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau berkata, kenaikan sederhana kos sara hidup masih boleh diterima sekiranya gaji dan pendapatan penduduk naik serta pada situasi ekonomi baik.

“Tapi, jika kos sara hidup naik dengan lagi laju dan telah naik ke paras lagi tinggi pada ketika gaji sudah turun atau pendapatan berkurang semasa ekonomi masih teruk di tengah lockdown, apa kesannya pada Rakyat?

“Tiada siapa dalam kerajaan PN mahu peduli masalah ini ke? Nak salahkan lagi GST yang sudah mansuh 3 tahun ke?,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here