Pelan Pemulihan Negara diperluas dengan skala besar – Azmin Ali

0
2
Azmin Ali. Kredit FB Azmin Ali

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau ‘total lockdown’ telah menunjukkan kesan positif apabila kadar kes jangkitan harian Covid-19 didapati semakin menurun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata bagaimanapun dari segi ekonomi dapat dilihat ramai pihak telah terkesan, terutama golongan B40 yang kebanyakannya peniaga kecil.

Beliau berkata, sehubungan itu kerajaan sedang merangka Pelan Pemulihan Negara sebagai langkah untuk negara keluar daripada pandemik Covid-19.

“Ia selari dengan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, bahawa pelan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada data dan sains yang dibentangkan dalam tempoh masa terdekat.

“Turut merangkumi adalah dari segi pengurusan Covid-19, ekonomi serta program vaksinasi yang sedang giat berjalan sehingga kini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, pelan itu akan diperluaskan lagi dengan skala besar apabila adanya inisiatif seperti Trak Vaksin Bergerak dan pembinaan Pusat Pembinaan Vaksin (PPV) baharu, yang membolehkan pemberian suntikan dos vaksin sehingga 200,000 sehari menjelang Julai ini.

“Saya menyeru semua pihak agar dapat memberikan kerjasama untuk kita sama-sama mencapai Imuniti Kelompok atau ‘Herd Immunity’ di seluruh negara menjelang akhir tahun ini,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Azmin Ali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here