Jumlah kes harian libat warga asing berkurang – Ismail Sabri

0
3

JUMLAH kes import harian melibatkan warga asing kekal berkurangan sejak beberapa bulan lalu, sekali gus menunjukkan kejayaan polisi kerajaan menyekat kemasukan warga asing dengan menutup pintu sempadan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia termasuk kejayaan pasukan penguatkuasaan OP BENTENG di kawasan sempadan serta perairan negara.

“Penutupan pintu sempadan rasmi seperti di lapangan terbang menjadi fokus kerajaan untuk memastikan tiada kemasukan warga asing yang boleh menyumbang kepada penularan kes Covid-19 di dalam negara.

“Pasukan keselamatan negara terdiri Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan RELA bertungkus-lumus melakukan rondaan dan kawalan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus kes positif sepanjang tujuh hari pada minggu ke-22 berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata ia sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada rakyat selepas peningkatan mendadak kes sebelum ini.

“Diharap dengan penurunan kes harian, segenap lapisan rakyat tidak leka akan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sekali gus dapat melandai lengkuk ke tahap yang lebih baik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here