60 kematian akibat Covid-19 hari ini

0
3

MALAYSIA mencatatkan 60 lagi kematian Covid-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu kini adalah 3,968 kes.

Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 4,949 kes sembuh direkodkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 586,864.

Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 71,625 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 662,457 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 921 kes dengan 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here