Ramai yang sudah daftar vaksin, tapi masih menunggu

0
2
mysejahtera mysj

RAMAI yang sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera sejak Februari lalu namun sehingga kini mereka masih menunggu tarikh suntikan.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan, melihat keadaan itu, adakah ia menunjukkan rakyat masih bersikap sambil lewa untuk mendapatkan vaksin.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya melakukan pelbagai kaedah mempermudahkan urusan rakyat untuk menerima suntikan berkenaan dan bukannya memberikan tekanan.

“Saya dimalumkan, ramai yang sudah mendaftar seawal Februari 2021 di Aplikasi MySejahtera, tapi hingga kini masih mengunggu. Adakah mereka sambil lewa?,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) kes kematian dan kes baharu Covid-19 turun mendadak apabila majorii rakyat negara itu sudah divaksin.

“Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat menerima dos suntikan sesegera mungkin.

“Jadi lakukanlah pelbagai kaedah, permudahkan lah urusan, bantulah penerima penerima vaksin, jangan pula diberi tekanan dan salahkan rakyat berkait isu vaksin ini,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan menetapkan tarikh tutup untuk pendaftaran mendapatkan suntikan vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, langkah itu dapat memastikan mereka yang belum mendaftar, akan berasa penting untuk bersegera melakukannya.

“Bagi memastikan ada ‘sense of urgency’ (kepekaan untuk bertindak segera) dalam kalangan rakyat, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan satu tarikh tutup untuk mendaftar. Semua rakyat mesti mendaftar sebelum tarikh itu.

“Sebagai contoh, katakanlah pendaftaran dibuka hanya hingga hujung Julai. Dengan penetapan tarikh tutup itu, saya yakin lebih ramai rakyat merasakan penting untuk mereka bersegera mendaftar sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here