‘Siapa kata anak Malaysia tak hebat main motor’

0
2

KEJAYAAN pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, semalam membanggakan ramai pihak.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Khairil Nizam Khirudin, berkata, kejayaan Syarifuddin itu turut mencipta sejarah buat sukan permotoran negara.

Khairil Nizam berkata, ia sekali gus menjadi pemangkin kepada anak muda di Malaysia untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan sebarang pekerjaan termasuk minat.

“Buat anak-anak muda yang lain, buatlah bersungguh-sungguh apa saja minat dan pekerjaan kita. Kejayaan akan tiba jua untuk mereka yang tidak putus asa dan gigih berusaha,” katanya menerusi Facebook.

Ketua Pemuda PAS itu berkata, beliau juga berbangga apabila mendengar lagu Negaraku berkumandang di bumi Seoanyol.

“Beliau menewaskan hampir 30 lebih pelumba dari seluruh dunia. Di lap terakhir, beliau telah berjaya memotong 4 pelumba untuk terus mendahului mereka dan berada di kedudukan pertama.

“Awak memang power! Siapa kata anak Malaysia tidak hebat main motor ni? Tahniah dari seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia Malaysia boleh,” katanya.

Semalam, Syarifuddin mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol.

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

Syarifuddin kini di kedudukan tempat keenam keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here