Kerajaan nilai semula SOP jika kes turun bawah 4,000

0
2

KERAJAAN akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 jika jumlah jangkitan harian Covid-19 turun bawah 4,000 kes.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun itu tidak bermakna kerajaan akan menamatkan PKP.

“Saya dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa apabila sampai ‘level’ 4,000 kes, kita akan ‘review’ balik PKP ini.

“Bukan bermakna kita tamatkan PKP, tapi mungkin kita ‘review’ balik dari segi SOP yang mana boleh kita longgarkan sedikit,” katanya memetik Bernama, hari ini.

Ismail Sabri sebelum itu melawat Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru.

Beliau juga berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat syor mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya angka jangkitan harian turun ke paras 4,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat khas akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here