Kes baharu Covid-19 menurun ke angka 5,000

0
2

KES harian Covid-19 hari ini kembali menurun apabila sebanyak 5,793 kes dilaporkan berbanding 6,849 kes semalam.

Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh negara kini sebanyak 652.204

Selangor menunjukkan penurunan jangkitan Covid-19 apabila sebanyak 1,582 (212,958 kes kumulatif) dicatatkan berbanding semalam, 2,558 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur 559 kes (66,745 kes kumulatif), dan Negeri Sembilan 618 kes (33,451) kes kumulatif).

Johor merekodkan 504 kes (64,276 kes kumulatif), manakala Sarawak 569 kes (54,899 kes kumulatif), Kelantan 337 kes (31,874 kes kumulatif) dan Sabah 378 kes (65,708 kes kumulatif).

Pahang turut mencatatkan 121 kes (11,536 kes kumulatif), diikuti Labuan 250 kes (5,884 kes kumulatif), Pulau Pinang 198 kes (31,854 kes kumulatif) dan Perak 218 kes (23,525 kes kumulatif).

Di Terengganu jumlah kes baharu dicatatkan adalah 82 kes (10,521 kes kumulatif), Melaka 178 kes (14,705 kes kumulatif), Kedah 178 kes (21,570 kes kumulatif) Putrajaya 23 kes (2,109 kes kumulatif) dan Perlis lima kes (553 kes kumulatif). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here