Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang 20,000 kit ujian RTK-Ag

0
2

YAYASAN Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 20,000 Panbio Covid-19 Antigen Rapid Test Kit (RTK-AG) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Sumbangan dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura itu diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Kehormat YSIJ kepada kepada Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, semalam.

Datuk Hasni berkata, menerusi sumbangan berkenaan lebih banyak ujian saringan Covid-19 di lapangan secara bersasar dapat dilakukan sebagai antara langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan wabak ini.

“YSIJ dengan kerjasama Yayasan Temasek menyalurkan pelbagai sumbangan semenjak Covid-19 melanda negara, saya berharap hubungan ini dapat diteruskan demi membantu masyarakat memerlukan,” katanya seperti dilapor Royal Press Office (RPO).

Sementara itu, Dr Aman turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di atas kurniaan sumbangan menerusi YSIJ kepada JKNJ.

“Sumbangan yang amat besar kepada kami kerana ia dapat digunakan untuk membuat saringan pengesanan awal kepada komuniti di negeri Johor melalui sasaran supaya wabak ini dapat dikesan dengan pantas sebelum ia merebak” katanya.

Antigen RTK dapat mengesan virus Covid-19 dalam masa 15 hingga 20 minit berbanding dengan ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang memakan masa sehingga 48 hingga 72 jam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here