Bapa pengendali Harimau Malaya meninggal dunia

0
2
bola sepak sukan

MENJELANG beberapa jam lagi aksi penting bertemu Vietnam, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menerima berita sedih kehilangan bapanya.

Berita sedih itu dikongsi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di media sosial badan induk tersebut sebentar tadi.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95, pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021.”

Susulan khabar menyedihkan itu, rata-rata peminat bola sepak tempatan melahirkan rasa dukacita serta bersimpati terhadap pemergiaan mendiang seperti digambarkan menerusi hantaran serta ciapan di laman Facebook dan Twitter.

Rata-rata berharap Cheng Hoe tabah dan kuat menerima berita tersebut terutama menjelang aksi ‘hidup mati’ Harimau Malaya menentang Vietnam pada Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Dubai, tengah malam ini.

Peminat juga berharap barisan pemain negara dapat memperagakan aksi terbaik demi menghadiahkan kemenangan buat Cheng Hoe. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here