Tun M selesai menghadap Agong

0
2

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Istana Negara pada jam 3 petang tadi selepas sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Langkawi itu menaiki Proton X70 dilihat terus berlalu melalui Pintu 2 disaksikan lebih 30 petugas media tempatan dan antarabangsa serta pihak polis.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan diberi kepada media daripada bekas Perdana Menteri itu yang terus meninggalkan kawasan istana selepas pertemuan selesai.

Kenderaan Dr Mahathir dilihat memasuki Istana Negara pada jam 1.58 tengah hari tadi.

Sementara itu, Dr Mahathir dijadual mengeluarkan kenyataan rasmi secara dalam talian hari ini berhubung sembah maklum beliau dengan Al-Sultan Abdullah.

Difahamkan, kenyataan tersebut dijangka akan disiarkan pada jam 4.30 petang ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here