Covid-19: Dua pesakit muda maut hari ini

0
3
grafik

DUA pesakit berusia bawah 30 tahun, antara 75 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

Mengikut maklumat dilampirkan dalam kenyataan media harian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit berusia 26 dan 28 tahun itu dikesan menghidap penyakit buah pinggang.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang.

Dalam pada itu, pesakit berusia 60 tahun ke atas mencatatkan jumlah kematian paling banyak dengan 51 manakala 22 kes kematian membabitkan individu berusia 30 hingga 59 tahun selain dua di bawah 30 tahun.

Dalam perkongsian itu juga, Kementerian Kesihatan (KKM) turut memaklumkan 11 pesakit Covid-19 yang maut tidak menghidap sebarang penyakit sementara 64 lagi mempunyai komorbid.

Sementara itu, Selangor mencatatkan jumlah kes kematian paling tinggi dengan 23 diikuti Johor (18), Kelantan (7), Kedah dan Kuala Lumpur (5), Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak (3), Perak (2) dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Terengganu serta Wilayah Persekutuan Labuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here