Zahid menghadap Agong Jumaat ini

0
2
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, jam 10 pagi Jumaat ini.

Menurut sumber dalaman Umno, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ahmad Zahid bagi membincangkan hal ehwal negara ketika ini.

Katanya, Al Sultan Abdullah berkenan menerima pandangan buah fikiran Presiden Umno itu berkenaan isu pandemik Covid-19 yang melanda negara, selain isu pelaksanaan proklamasi darurat dan pergantungan Parlimen ketika ini.

Istana Negara menjadi tumpuan hari ini berikutan beberapa siri pertemuan presiden parti politik menghadap Al Sultan Abdullah.

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi pemimpin pertama parti politik menghadap Al Sultan Abdullah pada jam 8 pagi tadi, disusuli Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sebelah petang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu pula menyempurnakan giliran menghadap Al Sultan Abdullah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here