Tak bincang hal perubahan kerajaan – Anwar

0
2
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terdapat perbincangan berkaitan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Sebaliknya Presiden PKR itu berkata beliau mengutarakan pandangannya berkenaan kesan pandemik Covid-19, kewajaran Parlimen bersidang dan darurat yang tidak perlu diteruskan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menzahirkan perasaan amat terharu dengan kearifan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pandemik Covid-19 yang mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pakar perubatan.

“Itu soal (perubahan kerajaan) yang tidak berbangkit sekarang,” katanya kepada pemberita di Pintu 2 Istana Negara.

Terdahulu Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira sejam di Istana Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here