Agong perkenan terima menghadap Perdana Menteri

0
2

Nilam Oshman

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook Istana Negara memaklumkan sesi berkenaan berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkaitan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Istana Negara sekitar jam 7.25 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istana Negara menjadi tumpuan hari ini berikutan beberapa siri pertemuan yang dijangka melibatkan wakil pemimpin setiap parti politik bersama Al Sultan Abdullah. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/06/09/muhyiddin-tiba-di-istana/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here