Tasik Chini: Gambar dua tahun lepas – Najib

0
1

DATUK Seri Najib Razak mendakwa gambar yang tular di media sosial berkaitan keadaan Tasik Chini yang terjejas akibat aktiviti perlombongan adalah gambar yang dirakam dua tahun lepas

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, perkara itu telah diambil beberapa tindakan sejak dua tahun lepas bagi memelihara Tasik Chini itu

“Gambar yang sedang tular dan didakwa keadaan terkini akibat aktiviti perlombongan di Tasik Chini di Pekan, ialah gambar yang dirakam dua tahun lepas.

“Berdasarkan maklumat awal yang saya terima daripada pihak-pihak berkaitan, sejak dua tahun lepas juga beberapa langkah yang dirancang, sudah pun diambil untuk menyelesaikan dan memulihkan keadaan itu,” kata Najib di Facebook, hari ini.

Menurutnya, sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu, beliau akan memaklumkan perkembagan terkini dalam masa terdekat ini selepas mendapat maklumat mengenainya.

“Saya akan update keadaan terkini selepas saya diberi taklimat penuh sehari dua ini,” katanya.

Semalam tular gambar-gambar keadaan Tasik Chini yang didakwa terjejas aktiviti perlombongan yang tidak terkawal di kawasan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here