Menang PRK tak jamin menang PRU – Annuar

0
3

Muhammad Mustakim Ramli 

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Kecil (PRK) tidak akan menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa. 

Beliau berkata, perkara itu terbukti apabila BN pernah menang bergaya di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar namun tewas pada pada PRU14.

“Kemenangan dalam PRK tidak menjamin kemenangan dalam PRU. BN pernah menang bergaya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum PRU14, tapi tewas kemudiannya,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu juga berkata, bagi mengelak ia berulang ramuan yang tepat diperlukan. 

“Ia memerlukan muafakat kental Melayu dan bumiputera serta sokongan Cina, India dan yang lain,” katanya.

Keputusan PRK DUN Slim semalam menyaksikan calon BN, Mohd Zaidi meraih 13,060 undi daripada keseluruhan 15,451 pemilih berdaftar yang keluar mengundi di kerusi DUN itu hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan calon BN itu memenanginya dengan memperoleh majoriti 10,945.-Malaysiapost