8 dikompaun joging di luar kawasan kejiranan

0
3

SERAMAI lapan individu termasuk seorang wanita dikompaun akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah trek joging dekat Ampang, semalam.

Dalam operasi Pemantauan Ops Covid-19 PKP 3.0 pada jam 5.45 petang itu, mereka terbabit dikompaun selepas didapati berjoging di luar kawasan kejiranan serta tidak mengikut alamat tempat tinggal.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tindakan berkenaan dikenakan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 243/2021 Peraturan- Peraturan Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan).

Bagaimanapun, katanya, susulan kejadian itu tular satu komen oleh seorang lelaki di Facebook yang berunsur fitnah dan jelik kepada pegawai mengeluarkan kompaun berkenaan.

“Justeru, pegawai tersebut membuat laporan polis dan mengatakan kenyataan itu tidak berasas dan mengundang persepsi negatif orang ramai kepada dirinya.

“Polis Ampang Jaya memulakan siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Mohamad Farouk berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 209 kompaun dan membuat tiga tangkapan kerana pelbagai kesalahan ingkar SOP PKP 3.0 dari 12 Mei hingga hari ini.

“Antara kesalahan dikesan ialah tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa ditetapkan, tidak amalkan penjarakan fizikal dan joging luar kawasan kejiranan.

“Tujuan penguatkuasaan SOP PKP adalah utk memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini yang meningkat dengan mendadak hingga mencecah lebih 6,000 kes sehari.

“Ini satu perkembangan amat membimbangkan. Kita mesti terus berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan virus itu,” katanya.

Sehubungan itu, lis menyeru orang ramai supaya patuh kepada SOP ditetapkan.

“Selain sentiasa semak dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) apa yang boleh dan apa tidak boleh dibuat sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasa,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here