
SEBANYAK 30 kluster baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, paling tinggi pernah dicatatkan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak pandemik itu dikesan menular di negara pada tahun lalu.
Sebelum ini, jumlah paling banyak direkodkan pada 1 Jun lalu yang membabitkan 27 kluster. Sebanyak 2,338 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 713 daripadanya kluster aktif dan 1,625 lagi sudah tamat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, 18 kluster adalah kluster tempat kerja dengan 10 kluster melibatkan sektor perkilangan dan masing-masing satu kes membabitkan kluster pusat tahanan dan keagamaan.
Katanya, kluster berkenaan dikesan di Johor, Sabah, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Putrajaya, dan Perak.
Perincian 30 kluster baharu dikenal pasti hari ini
- Kluster Jalan Silat Harimau 21 (Johor Bahru) 12 kes
- Kluster Jalan Bertam 23 (Johor Bahru) 6 kes
- Kluster Jalan Teknologi Perintis Dua (Johor Bahru) 15 kes
- Kluster Jalan Kebun Sayur (Muar) 55 kes
- Kluster Jalan Parit Haji Zain (Muar) 33 kes
- Kluster Ladang Tereh (Kluang) 25 kes
- Kluster Taman Aman (Kluang dan Batu Pahat) 17 kes
- Kluster Jalan Utama (Sandakan) 15 kes
- Kluster Sawit Kinabatangan (Kinabatangan) 29 kes
- Kluster Jalan Ketiau Tombovo (Putatan) 9 kes
- Kluster Persiaran Sabak 26 (Petaling dan Klang) 30 kes
- Kluster Jalan Waja Enam Belas (Kuala Langat) 22 kes
- Kluster Sri Cemerlang (Kota Bharu dan Pasir Mas) dengan 17 kes
- Kluster Industri Chain Ferry (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) 25 kes
- Kluster Hilir Sungai Kluang Tiga (Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara) 71 kes
- Kluster Industri Bukit Nian (Alor Gajah) 41 kes
- Kluster Dah Saga (Kota Setar, Pendang, dan Sik) 42 kes
- Kluster Jalan Alamanda Dua (Putrajaya, Hulu Langat, Petaling, dan Sepang 8 kes
- Kluster Gusi (Papar) 25 kes
- Kluster Tamalang ( Kota Belud) 27 kes
- Kluster Murni C (Nabawan dan Penampang) 22 kes
- Kluster Bukit Jong (Machang dan Kota Bharu ) 13 kes
- Kluster Kampung Bakong (Pasir Mas) 8 kes
- Kluster Kampung Jejawi (Pasir Mas) 7 kes
- Kluster Jaya Gading (Kuantan) 53 kes
- Kluster Jalan Kasturi Satu (Hulu Langat) 15kes
- Kluster Behrang Stesen (Muallim) 37 kes
- Bukit Gasing (Petaling) 26 kes
- Kluster Kilometer 35 Kemendor (Jasin dan Melaka Tengah) 33 kes
- Kluster Pagar Jalan Sultanah (Mersing) 21 kes-Malaysiapost
