PKPD: Beberapa lokaliti di Pahang Sabah mulai 8 Jun

0
4
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

BEBERAPA lokaliti di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu berkuatkuasa 8 hingga 21 Jun susulan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di Pahang membabitkan tiga lokaliti di Jaya Gading– Kampung Jaya Gading; sebahagian Kampung Seri Damai dan Bandar Baru Jaya Gading serta kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan.

“Sehingga kini, sebanyak 44 kes positif Covid-19 direkodkan dengan di tiga lokaliti di Jaya Gading manakala 56 kes dilaporkan di kawasan perindustrian Gebeng selepas saringan dilakukan kepada 1,900 individu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD di Sabah pula membabitkan beberapa lokaliti di lima daerah iaitu Kampung Ongkilan di Kota Marudu yang merekodkan 15 kes positif; Kampung Pulutan dan Kampung Murni C, Nabawan (31 kes).

Kampung Bolong Baru, Tuaran (12 kes); Kampung Tamalang dan Kampung Tuguson, Kota Belud (12 kes) dan Kampung Bergosong, Pulau Sebatik di Tawau (9 kes).- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here