Vaksin Covid-19: Pengamal media tagih janji manis kerajaan

0
2

PENGAMAL media meminta kerajaan menunaikan janjinya untuk melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan berkenaan yang berisiko kerana sering berada di lapangan membuat liputan.

Gesaan dibuat Kelab Media Putrajaya yang bimbang kerana ramai pengamal media masih menantikan tarikh pemberian vaksin daripada kerajaan menerusi Menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin

Bulan lalu, Khairy mengumumkan kira-kira 1,500 pengamal media bakal menerima suntikan vaksin.

“Biarpun tidak dimaklumkan mengenai tarikh pemberian vaksin, sudah tentu ia membawa kelegaan kepada petugas media, terutama apabila PICK sudah memasuki fasa kedua, sedangkan kami yang turut digelar ‘petugas barisan hadapan’ tidak lagi menerima pelalian.

“Sudah tentu ramai antara kami terutama bertugas di pusat pentadbiran negara berharap menjadi antara terawal menerima vaksin Covid-19. Namun, selepas seminggu, dua minggu berlalu, Aidilfitri tiba dan akhirnya Mei berakhir, tiada sebarang khabar berita mengenai bila pemberian vaksin kepada petugas media akan dimulakan.

“Lebih membimbangkan, ketika PICK masih berada dalam fasa Kedua, pelbagai program dan acara menteri dan kementerian yang perlu kami hadiri termasuk secara fizikal,” kata kenyataan itu, hari ini.

Jelasnya, pengamal media sekali lagi dijanjikan pemberian vaksin yang dikatakan pada Jun ini, namun tiada sebarang jaminan.

“Mungkin kedengaran mudah atau seperti kami melebih lebih berbanding orang lain, tetapi jangan lupa, kudrat dan kreativiti kamilah yang dituntut melaporkan kepentingan menjaga SOP, kekal di rumah jika tiada urusan penting serta kebaikan rakyat mendapat vaksinasi

“Sungguh malang jika petugas media terpaksa mengabaikan keselamatan diri ketika bertugas di lapangan terus menerus terpaksa menunggu dan merayu diberikan vaksinasi sedangkan ia sudah dijanjikan kepada kami.

Justeru itu, Kelab Media Putrajaya berharap Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dan kerajaan serius memberikan pelalian kepada pengamal media supaya dapat terus berbakti dan membawa agenda kerajaan mencapai imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here