Arsenal rangkul piala ‘dulang’

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

ARSENAL merangkul gelaran Community Shield selepas membenam cabaran Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti, tengah malam tadi.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 dalam aksi 90 minit yang berlangsung di Wembley.

Juara Piala FA musim lalu, Arsenal terlebih dahulu berada dihadapan menerusi jaringan Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-12 perlawanan.

Gaya pemain antarabangsa Gabon itu meraikan gol menarik perhatian apabila memberi penghormatan kepada mendiang aktor Hollywood, Chadwick Boseman.

Aubameyang mengayakan aksi ‘Wakanda Forever’ kepada pelakon watak adiwira Black Panther.


Kemasukan bintang Jepun, Takumi Minamino pada minit ke-59 memberi impak kepada jentera serangan Liverpool.

Minamino menyamakan kedudukan pada minit ke-73 perlawanan.

Aksi penentuan sepakan penalti menyaksikan pemain muda, Rhian Brewster menjadi duri dalam daging buat Liverpool apabila sepakan penaltinya memggegar palang.

Keputusan penuh, Arsenal 1-1 Liverpool. The Gunners menang dengan penentuan sepakan penalti 5-4.-Malaysiapost