Kedah, Terengganu tersenyum menang aksi kelima Liga Super

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

DUA gol Tchetche Kipre membantu Kedah merekodkan kemenangan kedua Liga apabila menundukkan PDRM 2-0 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Masalah gaji yang dihadapi nyata tidak mengganggu tumpuan Lang Merah yang memperoleh kedua-dua gol pada separuh masa pertama.

Penyerang berasal Ivory Coast itu membuka akaun jaringan menerusi sepakan penalti di minit ke-29, sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke-36.

Dalam satu lagi aksi yang berlangsung di Lembah Klang membabitkan Selangor dengan PJ City, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Stadium UiTM Shah Alam.

Manakala di Kuala Terengganu, Terengganu FC (TFC) membelasah Sabah 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Gol pertama TFC hadir pada minit menerusi jaringan tonggak import dari Mauritania, Dominique da Sylva.

TFC menambah gol kedua minit ke-43 menerusi pemain dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov.

Skuad Penyu memperoleh gol ketiga oleh Sanjar pada minit ke-70 sebelum pemain gantian kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli melengkapkan pesta gol tuan rumah. -Malaysiapost